Tuesday, 6 November 2012

BIDADARI SYURGA DAN WANITA BERIMAN

"Andai diberi pilihan himpunan bidadari syurga dengan seorang wanita sederhana paras tetapi cantik imannya , akan kupilih wanita sederhana itu"
Alangkah bahagianya jika madah ini terukir di lidah sang jejaka pujaan dambaan wanita. Ingatlah wahai wanita tempat kita jauh lebih baik daripada bidadari. Tak perlu cemburu kepada bidadari wahai wanita solehah sekalian kerana tempat kita lebih istimewa dan tinggi darjatnya di syurga kelak. Kejarlah Syurga wahai wanita solehah. Mengapa Allah memberi kita lebih perhatian yang sangat istimewa? Semakin tinggi dugaan untuk wanita itu semakin tinggi nilai harganya jika wanita itu mampu bersabar dan bertahan. Manakala bidadari syurga hanya menunggu penghuni syurga melangkah masuk. Bidadari tidak diuji dengan air mata seperti kita di dunia. Difahamkan bahawa bidadari syurga juga akan malu-malu melirik kepada wanita solehah kerana tingginya darjat yang dikurniakan ALLAH SWT! Wanita seringkali dilihat lemah kerana mudah mengalirkan air mata, hakikatnya kekuatan wanita mengatasi kekuatan lelaki. Seorang ibu tunggal boleh menjalankan tanggungjawab seorang bapa, tetapi seorang bapa tunggal belum pasti dapat menjalankan tanggungjawab seorang ibu. Apa kelebihan kaum wanita? Wanita tidak mudah mengaku kalah dalam berjuang. Women is the ultimate survivor in the world. Bukankah hidup ini satu perjuangan? Maka ALLAH SWT lebih berbangga dengan wanita solehah ciptaanya, kerana itu wanita diuji. DIA tahu kemampuan seorang wanita solehah yang diujiNYA. 
Kesimpulannya, wanita solehah itu memiliki nikmat ujian ALLAH SWT.

*Aku pun bukan wanita solehah yang layak dibandingkan dengan bidadari pun. Cuma aku berharap aku dapat berubah menjadi lebih baik menuju bidadari........Semoga kita diberi ketabahan dan kekuatan untuk terus meniti kehidupan agar mendapat darjat yang tinggi berbanding bidadari syurga. Jangan diragui kelebihan ini, semoga kita akan menjadi wanita solehah sehingga mihrab syurga menjadi milik kita! Info ini dikongsi berdasarkan pembacaan aku dibeberapa buah buku, harap penulis buku berkenaan dapat menghalalkan tulisan ku ini, terima kasih saudara/saudari.