Doa yang bermanfaat mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, meminta kepada Allah dengan sepenuh hati.Dalam berdoa jangan sesekali berputus asa dan lemah kerana seseorang itu tidak akan binasa selagi ia mampu berdoa.
Doa juga mestilah dilakukan dengan niat yang ikhlas, bahasa yang lemah lembut dan tidak bertujuan merosakkan sesama Islam. Salah satu penghalang termakbul doa adalah sifat tergesa-gesa dalam berdoa, hingga jika keinginannya tidak termakbul ia mengeluh dan meninggalkan doa dan tidak yakin akan termakbul doanya.
Antara sebab doa dikabulkan ALLAH adalah kerana direstui dengan keadaan terdesak daripada orang yang berdoa, kekusyukannya kepada ALLAH dan kerana kebajikan yang pernah dilakukannya sehingga ALLAH membalasnya sebagai tanda terima kasih atas amal kebajikan.
Disamping itu, kerana doa itu dilakukan pada waktu mustajab, selain lafaz dan keyakinan yang penuh kepada ALLAH.Doa juga mestilah dengan bahasa dan kata-kata yang baik yang menunjukkan pengharapan dan permintaan, bukan dengan bahasa yang keras dan kasar. Oleh itu, sesiapa yang diberi kekuatan berdoa, ini bererti bahawa doanya akan dimakbulkan. ALLAH SWT berfirman:Berdoalah kepada-KU nescaya akan Ku perkenankan bagimu....(alMukmin:60).
Sesungguhnya doa sebagai ibadah amat penting diamalkan dalam kehidupan. Kesibukan dan kelalaian kita menyebabkan kita lupa berdoa dan sentiasa tergesa-gesa ketika berdoa. Hal ini menyebabkan doa kita tidak dimakbulkan oleh ALLAH. Semangat untuk berdoa juga amat penting dilakukan pada waktu-waktu yang mustajab seperti yang disebutkan bagi mendapat kejayaan dan termakbulnya sesuatu doa. Berdoalah mengikut sunnah Rasulullah SAW iaitu memohon kebaikan bukannya berdoa untuk menhancurkan atau membinasakan sesama Islam....<ALLAHUAKBAR>
Sumber: >Mega Agama (Utusan)
.jpg)
No comments:
Post a Comment